DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Friday, September 19, 2008
VIDEO RAYE

THE PERANTAU 2005




Thursday, September 18, 2008
MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (finale episod)

Nukilan Dr. Badrul Munir

Feb 2006, hidup aku mula disinari sinar. Tuhan telah mempertemukan aku dengan sayang. Aku membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Walaupun ianya cuma seekor musang, dia amat menyayangiku. Perangainya yang tidak ubah seperti manusia kerana aku membelanya dari seawal matanya baru mencelik. Seisi warga burhan mengenali sayang. Namun sinar kasihnya tidak lama. Seperti ayah dan ibu, aku telah kehilangan kasih yang baru mula bertaut selama 2 bulan. Sayang telah hilang dari rumah sewaktu aku bercuti di New York City. Bagai mahu luruh jantungku bila aku mendapat berita dari New York yang sayang telah hilang dari rumah. Aku bagaikan ibu yang telah gila meratapi kehilangan seorang anak. Sebulan lamanya aku bersedih meratapi kehilangan sayang. Sehinggalah ke hari ini aku masih lagi mengingatinya.

Suatu pagi Nov 2006, aku dikejutkan dengan panggilan talipon ibu angkatku dari Kedah. Dia meminta agar aku pulang segera ke rumahnya. Katanya ada anak kongkang telah terkena renjatan elektrik dan terjatuh dari tiang elektrik. Keluarga angkatku menjaganya selama seminggu kerana aku masih sibuk bekerja. Awang, begitulah namanya diberi, adalah seekor monyet primitif yang agak kecil. Seminggu selepas itu barulah aku ada masa untuk pulang mengambil awang. Alangkah terkejut bila aku mendapati kedua-dua tangannya sudah tiada. Cuma yang tinggal kedua-dua tulang tangan. Bahagian isi sudah mula membusuk dan berulat. Kasihan awang menderita kesakitan. Aku terus bergegas membawa awang pulang ke UKM. Keesokkan harinya awang telah dibawa ke hospital veteriner, UPM. Awang dimasukkan ke dalam wad selama 3 hari dan terus dibedah. Doktor kata peluang untuk terus hidup sangat tipis. Lagi pun UPM tidak mempunyai simpanan darah dari jenis spesies awang. Aku cuma mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Awang telah selamat dibedah. Kedua-dua tulang tangannya telah dipotong. Awang sudah tidak mempunyai tangan lagi untuk bergerak dan memanjat. Kasihan awang. Atas nasihat doktor dan atas dasar perikemanusian, aku membawanya pulang ke rumah dan menjaganya. Alhamdulillah, Tuhan maha berkuasa. Awang masih cekal hidup walau terpaksa berjalan terinsut-insut. Kini sudah sekian lamanya awang denganku. Dia sudah pulih sepenuhnya dari trauma dan mula mengenali apa itu erti kasih sayang. Walaupun dia seekor binatang yang cacat, dia tahu menghargai dan membalas jasa baik budiku. Bila tiap kali aku jatuh sakit atau tertekan, awanglah tempat aku akan berkongsi kedukaan. Dialah tempat aku mengadu setiap hari. Kasih sayangnya walaupun seekor binatang adalah sangat ikhlas dan yang tak pernah berpura-pura. Dialah sumber inspirasiku. Aku terkadang sering tertanya, bagaimana kecekalan yang awang miliki untuk terus hidup tanpa kedua-dua belah tangannya. Bagaimanakah awang bolih tabah dengan jalannya yang terinsut-insut dan menyembam muka ke arah piring setiap kali dia nak makan. Jika awang boleh cekal dan tabah, mengapa tidak aku? Teringat pesan arwah ayah dulu, hidup ini mesti cekal dan tabah.

Aku selalu bersyukur kepada Tuhan yang telah mendatangkan sayang dan awang dalam hidupku. Mereka telah banyak memberi sinar dan harapan dalam hidupku. Merekalah yang telah banyak memberi dan menumpang kasih sayang yang sejati. Kasih sayang yang sukar dijual beli, ikhlas dan yang tak pernah berpura-pura. Aku sangat menghargainya. Doaku, Tuhan panjangkanlah umur kedua-dua mereka walaupun sehingga hari ini, aku sendiri tak tahu dimanakah sayang berada. Esok pasti akan menjelang. Aku mungkin akan terus keseorangan. Mengemis kasih sayang yang tak pernah sudah. Namun matahari akan terus terbit diufuk timur. Terbitlah dengan sinar kasih sayang yang berpanjangan. Amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas daripada dr.badd

Labels:


Tuesday, September 16, 2008
BENGKEL REKABENTUK GRAFIK l

click to enlarge poster INSPIRASI.IMAGINASI.KREATIVITI
Satu bengkel rekebentuk grafik anjuran JAKSA Informasi & Penerbitan khusus kepada pembelajaran Adobe Photoshop. Bengkel ini akan mengajar beberapa teknik yang di gunakan golongan profesional di dalam industri kreatif. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh : 9, 16 & 21 OKTOBER 2008
Masa : 9.00p.m -11.30p.m
Tempat : Makmal ICT, KBH
Bayaran : RM20

Bengkel ini hanya dibuka terhad kepada 15 peserta SAHAJA (siapa cepat dia dapat). Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar NAMA, MATRIK, NO TEL kepada email JAKSA Info (unsweeth20@yahoo.com) sebelum 7 Oktober 08
JUMLAH KEKESONGAN SEKARANG : 15 10

Labels:



MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (episod 3)

Nukilan Dr. Badrul Munir
Disember 2000 aku pulang ke tanah air dengan segulung ijazah. Aku diraikan dengan kegembiraan oleh kakak dan abang setibanya aku di KLIA. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama. Sedetik cuma kegembiraan aku telah dirampas. Apabila aku tiba di rumah, aku mendapati ibu dalam keadaan yang sangat uzur. Ibu tidak dapat lagi berjalan. Sudah 3 bulannya lamanya ibu tidak dapat berjalan. Ibu telah lumpuh. Aku termanggu seketika melihat kesenggaraan ibu. Tiga bulan lamanya dia telah menderita. Tiga bulan lamanya dia merahsiakan penderitaannya dari aku. Tiap kali aku menaliponnya dari Amerika, dia selalu menyatakan dia sihat. Rupa-rupanya seisi keluarga telah berpakat untuk mendiamkan diri kerana takut akan mempengaruhi konsentrasi di saat-saat akhir pengajian ku.

Aku mengambil cuti rehat selama 2 minggu setibanya aku di tanah air. Aku mengambil kesempatan menjaga ibu di hospital. Seingatku aku menjaganya di bulan puasa. Sehari sebelum raya, ibu dibenarkan pulang ke rumah. Ibu merasa sangat gembira. Doktor ada berkata adalah lebih elok ibu di rumah. Kalau di hospital pun jururawat dan doktor banyak yang ambil cuti raya. Hampir tujuh tahun lamanya aku tak pernah berhari raya dengan ibu.Tujuh tahun lamanya aku berhari raya berseorangan di perantauan. Aku telah membelikan ibu sepasang kain yang sangat cantik. Aku juga telah menempah sepasang baju melayu yang sangat cantik berwarna hijau.

Di pagi shawal yang mulia itu, aku mengucup tangan memohon kemaafan dari ibu. Itulah saat yang paling terindah yang pernah aku rasakan sejak hampir tujuh tahun lamanya aku tidak pernah mengucup tangan ibu di pagi raya. Itulah hari raya yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Itulah hari raya yang paling bermakna dalam hidupku.Untuk terakhir kalinya aku berhari raya dengan ibu kerana sebulan selepas itu ibu pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Pergi seperti ayah, yang tak akan kembali lagi. Aku telah kehilangan kasih ibu. Aku telah kehilangan kasih ayah. Ayah telah kehilangan kasih segala-galanya.

Kini tiap kali syawal menjelang. Aku cuma sendiri. Berhari raya berseorangan di rumah pusaka. Apa dayaku, tidak seperti insan-insan yang lain, punya ayah dan punya ibu. Hatiku selalu merasa hiba pabila tiap kali hari raya tiba aku melihat kegembiraan orang lain bersama ayah dan ibu. Sedih dan pilu bertambah bila tiap kali hari raya tiba, budak-budak Burhan akan menalipon atau sms menceritakan meriahnya suasana hari raya mereka bersama keluarga. Kemana pergi, kunjungi sedara sahabat taulan bersama ayah dan ibu. Sedangkan aku cuma mampu menumpang kegembiraan mendengar semua cerita itu walaupun jauh ke dalam lubuk hatiku ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dan betapa pedihnya.
Dan tiap kali raya datang, itulah saat yang paling hiba, saat yang paling sedih dan saat yang paling sensitif dalam hidupku. Aku cuma mampu memohon maaf dan melepaskan kerinduan di pusara ayah dan ibu. Di situlah aku selalu merasakan diriku semakin dekat dengan ayah mereka. Batu nisan mereka menjadi kucupan. Terlerai rasa rindu walaupun cuma sedikit.

Feb 2006, hidup aku mula disinari sinar. Tuhan telah mempertemukan aku dengan....
bersambung
"...siapakah dia yang membawa sinar bahagia didalam hidup nya ?? adakah sinar bahagia itu akan berkekalan?...

Labels:


Monday, September 15, 2008
MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Dijemput semua warga kolej (muslim)untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran:


Tarikh : 16 September 2008 ( Selasa)
Tempat : Foyer Kolej
Masa : Selepas Solat Tarawikh


Moreh istimewa di sediakan

Labels:


Saturday, September 13, 2008
KESELAMATAN KETIKA CUTI RAYA

Bermula 22hb September 2008 semua warga ukm amnya dan warga Burhan khususnya akan mula bercuti raya sehingga 5hb September 2008. Oleh itu kolej akan kosong selama dua minggu. Di sini diingatkan keselamatan barang-barang dibilik semasa cuti haruslah di ambil perhatian yang serius.

Kepada warga kolej, di ingatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang berharga seperti komputer dan sebagainya di dalam bilik ketika balik bercuti bagi mengelakkan kes-kes kecurian. Penyamun-penyamun durjana tidak kira sekarang ni bulan ramadhan ke atau tidak, kalau mereka ni nak mencuri diorang curi juga. betul tak?

Jadi sebelum barang-barang anda kena cilok, eloklah dibawa balik barang anda ke kampung atau simpan di stor blok masing-masing. Kemungkinan kolej akan menyediakan perkhidmatan menyimpan barang di gelangkasar. Info berkenaan perkhidmatan ini akan di update kemudian.

" berhati-hati dijalan raya ketika balik ke kampung. Ingatlah orang yang tersayang.."

Labels:


Friday, September 12, 2008
MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (episod 2)

Nukilan oleh Dr.Badrul Munir
Di situlah aku terserempak dengan seorang lelaki berjubah putih berjalan berseorangan. Siapakah beliau?mengapa berada disitu pada waktu begini?Entahlah, macam-macam bermain difikiranku. Entah-entah malaikat maut sudah datang untuk mengambil ayahku pergi.

Setibanya aku di hospital, aku melihat sekujur tubuh kaku yang mula diliputi dengan kain putih. Aku terdiam, terpaku di pintu. Duniaku terasa kosong. Kakiku terasa berat untuk melangkah bila melihat jururawat sedang meletakkan kain putih di atas tubuh ayah. Ibu berada di sisi ayah. “Dia pergi dengan tenang”. Seingat aku, itulah kata-kata yang ibu lafazkan. Ibu nampak tenang. Dia pun berpesan agar aku bertenang menghadapi kenyataan yang ayah sudah tiada lagi di dunia.

Ayah selalu berpesan, kalau dia mati dia tak nak aku menangis. Sememangnya aku tenang dan cekal menghadapi kematian itu. Aku mampu mengawal perasaanku. Cuma airmata aku gugur jua di saat akhir ayah dikafankan di rumah. Tatkala itu aku melihat wajah ayah berseri-seri tersenyum. Alangkah baiknya saat aku meninggalkan dunia ini satu hari nanti, aku pun begitu juga.

Dua minggu aku di kampung menemani ibu sebelum aku berangkat pulang ke Amerika. Hari terakhir aku di kampung, kami mengadakan kenduri doa selamat. Aku lihat ibu tak ada selera makan. Dia nampak sedih. Kesedihan jelas terbayang diwajahnya apabila aku mencium kedua-dua pipinya sebelum berangkat. Ibu menangis sepuas-puasnya apabila aku memberikan wang sebelum aku berangkat ke airport. Seumur hidupku. Aku tak pernah melihat ibu menangis sebegitu. Aku membiarkan sahaja ibu melepaskan kesedihan. Aku tahu dia seperti ayah, akan kembali cekal dan tabah semula.

Aku kembali ke bumi Amerika meneruskan pengajian ku. Berbakikan 2 tahun, aku akan pulang ke tanah air pada penghujung tahun 2000. Saat yang paling gembira bila aku menamatkan pengajianku dengan jayanya di sebuah universiti yang terkenal. Aku bangga menjadi pelajar Columbia University yang pernah mendapat ranking ke 9 terbaik dunia pada tahun 2005. Kejayaan aku miliki, itulah yang aku hadiahkan pada ibu yang setiap saat berdoa dan sabar menanti

Disember 2000 aku pulang ke tanah air dengan segulung ijazah. Aku diraikan dengan kegembiraan oleh kakak dan abang setibanya aku di KLIA. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama. Sedetik cuma kegembiraan aku telah dirampas. Apabila aku tiba di rumah.....
bersambung..
"...apakah yang terjadi dirumah?

Labels:


Thursday, September 11, 2008
BENGKEL PENULISAN TESIS GAYA UKM

Dimaklumkan bahawa ATMA akan menganjurkan Bengkel Penulisan Tesis Gaya UKM seperti butiran di bawah:
  • Tarikh : 20 Oktober 2008 (Isnin)
  • Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
  • Tempat : Sudut Wacana ATMA
  • Penceramah : Prof. Dr. Jamaluddin Jahi ( Felo Penyelidik Utama ATMA)
Jamuan disediakan.Penyertaan terbuka kepada pelajar ATMA dan lain- lain fakulti atau institut (Pascasiswazah sahaja). Terhad kepada 60 orang sahaja bergantung kepada 'siapacepat dia dapat' dengan menghantar email ke tmaznee@... atau sms ke 012-2815544 dengan nama penuh dan no. pelajar.

Tarikh tawaran penyertaan ditutup pada 15 Oktober 2008.
(epelajar/bul/bil.09092008-11)

Labels:


Wednesday, September 10, 2008
MAJLIS BUKA PUASA MUHIBBAH



  • Dijemput semua warga kolej untuk menghadiri Majlis Buka Puasa Muhibbah bersama Pengetua, anjuran JAKSA KBH pada :

  • Tarikh : 12 September 2008 ( Jumaat)
  • Masa : 6.30 p.m
  • Masa : Foyer Kolej
Pelajar tahun satu dikenakan bayaran sebanyak RM5


Labels:



14 AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

1.Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air
2. Membaca doa ketika berbuka
3. Melambatkan makan sahur.
4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.
5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.
6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.
7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.
8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
10. Merperbanyakkan sedekah.
11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa.
12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.
14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.

"..dengar-dengarkan dan selamat beramal.."




MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (episode 1)

Nukilan oleh Dr.Badrul Munir
Tahun 2008, genaplah sepuluh tahun ayah pergi meninggalkanku. Pergi dengan kasih sayang. Pergi dengan rindu yang mendalam. Pergi yang tak akan kembali. Pergi buat selama-lamanya. Sesungguhnya saat ini hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa rindunya aku pada ayah. Betapa rindunya aku untuk mengulangi hari-hari lalu bersama ayah. Tetapi apakan daya. Hanya kenangan manis yang mampu aku ungkapkan pabila tiap kali rindu pada ayah datang bertamu.

Seingat aku tahun 1993, itulah kali terakhir aku berhari raya dengan ayah. Ayah masih gagah berdiri dan berjalan. Januari 1994 aku telah meninggalkan tanahair berangkat ke bumi Amerika melanjutkan pengajian ijazah doktor falsafah. Di sana, aku mendapat berita yang kaki ayah telah lumpuh. Pada saat berita itu aku tahu, aku rasa bagai ingin terbang pulang. Ingin mendokong ayah. Kemana ayah pergi aku sanggup mendokongnya. Ayah sangat tabah dan cekal. Itulah yang selalu diperkatakannya kepada aku setiap kali aku menaliponnya. Ketabahan dan kecekalan itulah yang membuatkan ayah masih lagi mampu berjalan walaupun terinsut-insut menggunakan tongkat berkaki empat.

Mac 1998, aku telah kembali ke tanah air setelah aku selesai mempertahankan cadangan penyelidikan. Aku dibenarkan pulang ke tanah air untuk mengumpul sampel genetik yang akan digunakan dalam penyelidikan Phd. Selama sembilan bulan aku berada di tanahair. Serata pelusuk negeri aku jelajahi. Kampung dan hutan aku geladahi untuk mendapatkan sampel lutong. Sesekali aku akan balik melihat ayah dan ibu di kampung.

Sebulan sebelum aku kembali ke New York, ayah telah jatuh sakit. Ayah telah diserang demam kuning. Sekembali aku dari kerja lapangan, aku mendapati seluruh tubuh ayah kekuningan. Perutnya kembung membuncit. Aku telah memujuk ayah masuk wad hospital. Pada mulanya ayah enggan ke hospital. Katanya nanti kena bedah. Katanya kalau masuk hospital, doktor akan korek hati. Katanya lagi seminggu lepas bedah dia mungkin akan meninggal. Aku terdiam bila ayah memberikan pelbagai alasan. Namun sehingga beberapa hari akhirnya aku berjaya juga memujuk ayah masuk wad.

Aku menunggu ayah di hospital bergilir-gilir dengan ibu, abang, kakak dan adikku. Seingat aku pada sebelah malam bila aku menemaninya, aku akan membaca buku disebelah katilnya bila ayah sedang tidur. Tatkala ibu menjaga ayah, aku pula terlelap di surau hospital.

Ayah telah selamat menjalani pembedahan. Sehingga tiba ayah masih belum sedar, doktor telah datang berbincang denganku. Aku dikejutkan dengan berita yang tidak pernah aku menjangkakan sebelum ini. Rupanya ayah telah dikenalpasti mengidap penyakit kanser. Sewaktu pembedahan, doktor telah mendapati kanser usus, hati dan hempedu. Doktor kata peluang untuk terus hidup agak tipis. Seisi keluarga agak tenang bila menerima berita tentang penyakit ayah. Kami hanya mendiamkan diri sehingga ayah telah sedar dari pembedahan.

Dua hari selepas ayah dibedah, ayah telah meracau. Ayah ingin pulang ke kampung. Petang itu ayah meracau sehingga aku terpaksa panggil bapa dan mak sedara untuk memujuknya. Ayah tidak pernah meracau seperti ini sebelum ini. Perangainya seperti keanak-anakan merengek meminta untuk dibawa pulang ke rumah. Aku tak sampai hati bila melihat ayah jadi begitu. Hati ku yang sangat sensitif tak mampu menahan sebak bila tiap kali ayah meminta untuk dibawa balik ke rumah. Ibu yang selalu memujuknya. Ayah perlu berada di wad sehingga sembuh. Aku hanya mampu melihat ibu memujuk dari luar bilik.

Seminggu selepas ayah dibedah, ayah semakin sihat. Aku gembira kerana ayah telah beransur pulih walau masih lagi berada di hospital. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan berangkat pulang ke New York. Aku telah mula mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Seingat aku, dua hari sebelum aku terbang pulang ke Amerika, aku telah mengadakan jamuan di rumah kawanku. Petang sebelum jamuan bermula, aku seperti biasa ke hospital melawat ayah. Ayah sudah mampu tersenyum. Sewaktu jamuan, kawan-kawan aku menasihati agar aku pergi semula ke hospital untuk melihat ayah. Kata mereka, walau pun aku dah pergi petang tadi, masa semakin hampir untuk aku berangkat meninggalkan tanah air. Dengan pesan dari kawan, aku melangkah lagi ke hospital walau sebentar tadi aku telah berjumpa dengan ayah. Ayah terkejut dengan kehadiranku. Dia bertanyakan kenapa aku masih lagi belum balik ke rumah mengemas barang. Cuma sempat aku nyatakan aku sengaja singgah sebelum balik mengemas. Tangan ayah ku kucup mesra. Itulah yang aku lakukan setiap kali aku bertemu dengannya. Dia selalu pesan tiap kali jumpa orang tua, salam dan minta maaf. Aku merenung muka ayah sepuas-puasnya. Walau tinggal dua hari sahaja lagi aku akan berangkat pulang, aku mahu menatap wajah ayah sepuas-puasanya. Biarlah bila aku pulang ke Amerika, aku mampu menahan rindu aku pada ayah. Ayah merenung ke arah muka ku dengan pandangan yang sangat dalam. Saat itulah aku rasakan renungannya yang sampai hari ini aku tak mampu lupakan. Ayah berpesan agar aku balik dan mengemas barang. Jam 11 malam, aku pun meninggalkan ayah di hospital bersama ibu dan dua orang abangku.
Sampai di rumah aku terus mengemas baju dan memasukkannya ke dalam beg. Hampir 2 jam lamanya aku mengemas.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan. Abangku meminta agar aku datang segera ke hospital. Ayah tenat semula. Aku pun bergegas ke hospital menaiki motor. Dalam perjalanan ke hospital, di tengah jalan, seingat aku jam 2 pagi, aku melalui jalan kampung bersebelahan dengan masjid. Di situlah aku terserempak dengan seorang lelaki berjubah putih berjalan berseorangan.......
bersambung
"...siapakah lelaki berjubah putih itu?? apa mahunya?? nantikan sambungannya...."

Labels:


Tuesday, September 9, 2008
Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menunaikan Amalan Puasa.Semoga Allah memberkati kita semua
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah menkurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hamba-Ku : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."



CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL

BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej


Nama
No Bilik
No Telefon
Email
Subjek
Aduan

php form

POSTLALU



Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats