DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Friday, August 21, 2009
SELAMAT BERPUASA



Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN 1430 H


Monday, August 17, 2009
SENI PENTAS DIMUSICAL




Pada 17 Ogos 2009 yang lalu, bertempat di Dataran Dewan Gemilang telah diadakan pertandingan Seni Pentas Dimusical. Pertandingan ini adalah bersempena Pesta Konvokesyen UKM ke-37. Pertandingan ini berkonsepkan boria yang sememangnya trekenal di negeri utara. Semua kolej kediaman di UKM telah menyertai pertandingan ini. Kolej Burhanuddin Helmi telah menghantar pasukan TEKAD yang sememangnya tersohor di UKM. Biarpun tidak mendapat tempat dalam pertandungan tersebut, namun TEKAD nyata tidak pulang dengan tangan kosong apabila menggondol Anugerah Teater Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menyertai pertandingan ini.


Saturday, August 15, 2009
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK KBH DAN KAB UKM


Pada 12 Ogos 2009 baru-baru ini bertempat di Dataran Pavillion Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kolej Burhanuddin Helmi(KBH) dan Kolej Aminudin Baki(KAB).Perlawanan ini bertujuan sebagai pemanas badan sebelum pasukan Bola Sepak Kolej Burhanudin Helmi menyertai perlawanan bola sepak pada hari berlangsungnya Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia(SUKEM) akan datang di samping memilih pemain yang berkebolehan untuk mewakili kolej pada hari sukan itu nanti.


KBH dan KAB sememangnya kerap mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan untuk mencungkil bakat dalam kalangan pelajar kolej masing-masing di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar-prlajar. Bola sepak yang bermula pada jam 5.30 petang melibatkan 30 minit separuh masa.Setelah sejam bermain, segala penat lelah dan keringat dicurahkan, keputusan perlawanan memihak kepada pemain yang memakai jersey berwarna biru muda iaitu pemain dari KBH iaitu KBH 4-3 KAB.


Tahniah kepada semua pemain terutama pemain dari KBH. Diharap kejayaan dan kecemerlangan ini akan berterusan pada masa akan datang.


Tuesday, August 11, 2009
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK KBH VS KAB


Perlawanan persahabatan bola sepak antara KBH dan KAB akan diadakan pada :

TARIKH :
12 OGOS 2009
TEMPAT : Padang Pavilion
MASA : 5.00 petang



Semua penghuni KBH dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kolej kita.


Monday, August 10, 2009
KENANGAN APRESIASI SRIKANDI



Pada 08 - 09 Ogos 2009 yang lalu, Kolej Burhanuddin Helmi telah mengadakan program Apresasi Srikandi yang telah dilaksanakan oleh Exco Hal Ehwal Siswi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i KBH. Antara intisari program yang telah diadakan ialah pertandingan menganyam ketupat, Miss KBH, permainan tradisional, senamrobik dan sebagainya. Majlis penutupan progam ini telah dirasmikan oleh isteri pengetua kolej kita iaitu Puan Wangi atau lebih mesra dengan panggilan Auntie dikalangan penghuni KBH. Ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih untuk penghuni KBH yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini.


Friday, August 7, 2009
APRESIASI SRIKANDI


Program Apresiasi Srikandi yang dianjurkan oleh Exco Hal Ehwal Siswi akan diadakan pada :

Tarikh : 08 - 09 Ogos 2009

Tempat : KBH


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Semua warga siswi KBH dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.


Thursday, August 6, 2009
KATA-KATA MOTIVASI OLEH ILMUWAN


- Muhammad (salla-Allahu’alayhi was salaam) -

"Bertutur-katalah yang baik atau lebih baik diam."

"Jika engkau menginginkan kebaikan, segeralah laksanakan sebelum engkau mampu. Tetapi jika engkau menginginkan kejelekan, segeralah hardik jiwamu karena telah menginginkannya."


Tuesday, August 4, 2009
KARNIVAL KONVO ICT II

Karnival Konvo ICT akan diadakan pada :

Tarikh : 3 HINGGA 7 OGOS 2009
Masa : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Tempat : BANGUNAN PUSANIKA
Perasmi : Y.B. DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI

Semua warga KBH dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.

(epelajar/bul/bil.04082009-2)


Sunday, August 2, 2009
GANJARAN ORANG YANG MEMBERIKAN ILMU


Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
Anas r.a


Huraian

Pengajaran hadith:

i) Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana:

a) Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

B) Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai “kaffarah” yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.

c) Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.



CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL

BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej


Nama
No Bilik
No Telefon
Email
Subjek
Aduan

php form

POSTLALU



Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats