DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Sunday, August 2, 2009
GANJARAN ORANG YANG MEMBERIKAN ILMU


Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
Anas r.a


Huraian

Pengajaran hadith:

i) Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana:

a) Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

B) Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai “kaffarah” yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.

c) Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.


1 Comments:
Anonymous azan said...

sebelum masuk waktu subuh tu dah upload hadis... cayolah...

August 4, 2009 at 7:46 AM  

Post a Comment

<< Home


CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL


Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats