DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Thursday, April 30, 2009
KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009


Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) pada

Tarikh : 15 - 17 Mei 2009
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penganjuran K3G adalah salah satu usaha Kementerian dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini melalui pendekatan mekanisme pasaran pekerjaan. Platform seperti ini dapat menemukan pencari kerja yang terdiri daripada graduan IPT tempatan dan majikan yang terdiri daripada sektor awam dan swasta di bawah satu bumbung. Inisiatif seperti ini seterusnya dapat membantu Kerajaan dalam mengatasi kadar pengangguran yang semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Karnival ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Sejumlah 600 buah booth akan disediakan bagi aktiviti-aktiviti termasuk pameran, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah keusahawanan dan klinik kerjaya. Tujuan utama karnival ini adalah untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan daripada organisasi syarikat yang menyertai karnival ini. Melalui karnival ini juga calon yang berjaya ditemuduga akan ditawarkan pekerjaan.

Maklumat lanjut klik disini

Sumber daripada (epelajar/bul/bil.28042009-150)


Tuesday, April 21, 2009
FESTIVAL DRAMA 10 MINIT DBP


Untuk pertama kalinya DBP akan menganjurkan Festival Drama 10 Minit pada 22 hingga 25 April 2009.

Untuk pengetahuan semua, kelab TEKAD juga menyertai festival ini dengan membawa karya bertajuk "Kencing Peluh"
TEKAD akan membuat persembahan tersebut pada :

Tarikh : 22 & 24 April 2009

Masa : 8.30 malam

Tempat : Stor Teater DBP

Penganjur : Dewan Bahasa dan Pustaka

marilah datang beramai-ramai tanda memberi sokongan

*masuk percuma


Sunday, April 19, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Salam D'gators,

Minggu ini bermulalah minggu peperiksaan akhir semester ll bagi sesi ini. Sudah pasti ramai yang berdebar-debar ( tidak sabar nak menjawab exam) atau gementar ( tak habis ulangkaji lagi). Apapun di harap anda semua berjaya menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang serta persediaan yang rapi ketika melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit tips bagi menghadapi periksaan :




PERSEDIAAN FIZIKAL

  • Tidur yang cukup.
  • Jaga pemakanan.
  • Riadah.
  • Jaga Keselamatan
PERSEDIAAN MENTAL
  • Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
  • Berlatih menjawab past year question.

PERSEDIAAN ROHANI
  • Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci.
  • Minta restu ibu bapa dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan menjawab peperiksaan.
* renung -renungkan dan selamat beramal :)



CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL

BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej


Nama
No Bilik
No Telefon
Email
Subjek
Aduan

php form

POSTLALU



Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats