DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Sunday, October 25, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Peperiksaan telahpun datang.

Marilah kita semua lakukan yang terbaik.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 - 2009/2010.


Friday, October 23, 2009
MAJLIS BACAAN YASIN DAH SOLAT HAJAT

Sempena minggu peperiksaan yang akan datang tak lama lagi, marilah kita menghadiri Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat berjamaah.

TARIKH: 24 OKTOBER 2009
MASA: LEPAS MAGRIB
TEMPAT: SURAU KBH

Semoga kita berjaya dalam menghadapi peperiksaan semester ini.
Amin Ya Robbal'alamin.

Sekian.
Harap maklum.


Saturday, October 10, 2009
MAJLIS JAMUAN RAYA 1 MALAYSIA



Pada 08/10/2009 yang lalu telah diadakan Majlis Jamuan Raya 1 Malaysia dan juga rumah terbuka pengetua Kolej Burhanuddin Helmi iaitu Dr. Kadderi Md Desa di kediaman beliau. Antara tetamu jemputan yang sudi hadir ialah Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan juga Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak. TNC turut berkesempatan mengadakan satu sesi interaksi bersama penghuni KBH. Ribuan penghargaan kepada tetamu-tetamu jemputan yang sudi hadir ke majlis tersebut.


Monday, October 5, 2009
PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKEM


Pasukan bola sepak KBH akan beraksi dalam SUKEM ini pada :

Tarikh : 06/10/2009
Masa : 5.00 petang
Tempat : Pavilion

semoga berjaya diucapkan pada pasukan bola sepak KBH. Semoga mereka dapat mengekalkan kejuaraan pada SUKEM yang lalu. GO BURHAN!! GO!!!



PERLAWANAN SUKU AKHIR BOLA KERANJANG LELAKI


Pasukan bola keranjang lelaki Kolej Burhanuddin Helmi telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir bagi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Pasukan KBH akan berhadapan dengan pasukan dari KPZ. Para penghuni Kolej Burhanuddin Helmi diharap dapat memberi sokongan padu kepada pasukan KBH :

Tarikh : 06/10/2009
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kolej Tun Hussein Onn


Semoga berjaya diucapkan kepada pasukan bola keranjang lelaki KBH. semoga mereka dapat membawa pingat emas untuk Kolej Burhanuddin Helmi.



PASUKAN BOLA KERANJANG WANITA KBH MENDAPAT GANGSA



Perlawanan suku akhir antara pasukan bola keranjang wanita KTSN dan KBH telah berlangsung pada 05/10/2009 bertempat di Gekanggang Bola Keranjang. Walaupun pasukan KBH telah berusaha dengan gigihnya, namun kemenangan nyata bukan milik kita selepas perlawanan sengit antara 2 pasukan ini berakhir. Tetapi, pasukan KBH tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya menggondol pingat gangsa bagi Kolej Burhanuddin Helmi. Tahniah diucapkan!



SAMBUTAN HARI RAYA & DEEPAVALI 1 MALAYSIA



TARIKH: 08 OKTOBER 2009
MASA: 08.00 MALAM
TEMPAT: DATARAN KBH


Saturday, October 3, 2009
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BOLA KERANJANG WANITA

Pasukan bola keranjang wanita Kolej Burhanuddin Helmi telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir bagi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Para penghuni Kolej Burhanuddin Helmi diharap dapat memberi sokongan padu kepada pasukan KBH :

Tarikh : 05/10/2009
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kolej Tun Hussein Onn


Semoga berjaya diucapkan kepada pasukan bola keranjang wanita KBH. semoga mereka dapat memasuki pusingan final dan membawa pingat emas untuk Kolej Burhanuddin Helmi.


Friday, October 2, 2009
PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010


Para pelajar boleh mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 8 Oktober 2009 kerana peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2009-2010 akan bermula pada 26 Oktober hingga 13 November 2009.Para pelajar diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.



CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL

BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej


Nama
No Bilik
No Telefon
Email
Subjek
Aduan

php form

POSTLALU



Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats