Thursday, April 30, 2009 KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009
Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) pada
Tarikh : 15 - 17 Mei 2009 Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penganjuran K3G adalah salah satu usaha Kementerian dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini melalui pendekatan mekanisme pasaran pekerjaan. Platform seperti ini dapat menemukan pencari kerja yang terdiri daripada graduan IPT tempatan dan majikan yang terdiri daripada sektor awam dan swasta di bawah satu bumbung. Inisiatif seperti ini seterusnya dapat membantu Kerajaan dalam mengatasi kadar pengangguran yang semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Karnival ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Sejumlah 600 buah booth akan disediakan bagi aktiviti-aktiviti termasuk pameran, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah keusahawanan dan klinik kerjaya. Tujuan utama karnival ini adalah untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan daripada organisasi syarikat yang menyertai karnival ini. Melalui karnival ini juga calon yang berjaya ditemuduga akan ditawarkan pekerjaan.
CERITAKBH Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
HUBUNGIKAMI Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com
Custom Search
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore