DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Friday, September 12, 2008
MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (episod 2)

Nukilan oleh Dr.Badrul Munir
Di situlah aku terserempak dengan seorang lelaki berjubah putih berjalan berseorangan. Siapakah beliau?mengapa berada disitu pada waktu begini?Entahlah, macam-macam bermain difikiranku. Entah-entah malaikat maut sudah datang untuk mengambil ayahku pergi.

Setibanya aku di hospital, aku melihat sekujur tubuh kaku yang mula diliputi dengan kain putih. Aku terdiam, terpaku di pintu. Duniaku terasa kosong. Kakiku terasa berat untuk melangkah bila melihat jururawat sedang meletakkan kain putih di atas tubuh ayah. Ibu berada di sisi ayah. “Dia pergi dengan tenang”. Seingat aku, itulah kata-kata yang ibu lafazkan. Ibu nampak tenang. Dia pun berpesan agar aku bertenang menghadapi kenyataan yang ayah sudah tiada lagi di dunia.

Ayah selalu berpesan, kalau dia mati dia tak nak aku menangis. Sememangnya aku tenang dan cekal menghadapi kematian itu. Aku mampu mengawal perasaanku. Cuma airmata aku gugur jua di saat akhir ayah dikafankan di rumah. Tatkala itu aku melihat wajah ayah berseri-seri tersenyum. Alangkah baiknya saat aku meninggalkan dunia ini satu hari nanti, aku pun begitu juga.

Dua minggu aku di kampung menemani ibu sebelum aku berangkat pulang ke Amerika. Hari terakhir aku di kampung, kami mengadakan kenduri doa selamat. Aku lihat ibu tak ada selera makan. Dia nampak sedih. Kesedihan jelas terbayang diwajahnya apabila aku mencium kedua-dua pipinya sebelum berangkat. Ibu menangis sepuas-puasnya apabila aku memberikan wang sebelum aku berangkat ke airport. Seumur hidupku. Aku tak pernah melihat ibu menangis sebegitu. Aku membiarkan sahaja ibu melepaskan kesedihan. Aku tahu dia seperti ayah, akan kembali cekal dan tabah semula.

Aku kembali ke bumi Amerika meneruskan pengajian ku. Berbakikan 2 tahun, aku akan pulang ke tanah air pada penghujung tahun 2000. Saat yang paling gembira bila aku menamatkan pengajianku dengan jayanya di sebuah universiti yang terkenal. Aku bangga menjadi pelajar Columbia University yang pernah mendapat ranking ke 9 terbaik dunia pada tahun 2005. Kejayaan aku miliki, itulah yang aku hadiahkan pada ibu yang setiap saat berdoa dan sabar menanti

Disember 2000 aku pulang ke tanah air dengan segulung ijazah. Aku diraikan dengan kegembiraan oleh kakak dan abang setibanya aku di KLIA. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama. Sedetik cuma kegembiraan aku telah dirampas. Apabila aku tiba di rumah.....
bersambung..
"...apakah yang terjadi dirumah?

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

<< Home


CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL


Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats