DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Wednesday, September 10, 2008
MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (episode 1)

Nukilan oleh Dr.Badrul Munir
Tahun 2008, genaplah sepuluh tahun ayah pergi meninggalkanku. Pergi dengan kasih sayang. Pergi dengan rindu yang mendalam. Pergi yang tak akan kembali. Pergi buat selama-lamanya. Sesungguhnya saat ini hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa rindunya aku pada ayah. Betapa rindunya aku untuk mengulangi hari-hari lalu bersama ayah. Tetapi apakan daya. Hanya kenangan manis yang mampu aku ungkapkan pabila tiap kali rindu pada ayah datang bertamu.

Seingat aku tahun 1993, itulah kali terakhir aku berhari raya dengan ayah. Ayah masih gagah berdiri dan berjalan. Januari 1994 aku telah meninggalkan tanahair berangkat ke bumi Amerika melanjutkan pengajian ijazah doktor falsafah. Di sana, aku mendapat berita yang kaki ayah telah lumpuh. Pada saat berita itu aku tahu, aku rasa bagai ingin terbang pulang. Ingin mendokong ayah. Kemana ayah pergi aku sanggup mendokongnya. Ayah sangat tabah dan cekal. Itulah yang selalu diperkatakannya kepada aku setiap kali aku menaliponnya. Ketabahan dan kecekalan itulah yang membuatkan ayah masih lagi mampu berjalan walaupun terinsut-insut menggunakan tongkat berkaki empat.

Mac 1998, aku telah kembali ke tanah air setelah aku selesai mempertahankan cadangan penyelidikan. Aku dibenarkan pulang ke tanah air untuk mengumpul sampel genetik yang akan digunakan dalam penyelidikan Phd. Selama sembilan bulan aku berada di tanahair. Serata pelusuk negeri aku jelajahi. Kampung dan hutan aku geladahi untuk mendapatkan sampel lutong. Sesekali aku akan balik melihat ayah dan ibu di kampung.

Sebulan sebelum aku kembali ke New York, ayah telah jatuh sakit. Ayah telah diserang demam kuning. Sekembali aku dari kerja lapangan, aku mendapati seluruh tubuh ayah kekuningan. Perutnya kembung membuncit. Aku telah memujuk ayah masuk wad hospital. Pada mulanya ayah enggan ke hospital. Katanya nanti kena bedah. Katanya kalau masuk hospital, doktor akan korek hati. Katanya lagi seminggu lepas bedah dia mungkin akan meninggal. Aku terdiam bila ayah memberikan pelbagai alasan. Namun sehingga beberapa hari akhirnya aku berjaya juga memujuk ayah masuk wad.

Aku menunggu ayah di hospital bergilir-gilir dengan ibu, abang, kakak dan adikku. Seingat aku pada sebelah malam bila aku menemaninya, aku akan membaca buku disebelah katilnya bila ayah sedang tidur. Tatkala ibu menjaga ayah, aku pula terlelap di surau hospital.

Ayah telah selamat menjalani pembedahan. Sehingga tiba ayah masih belum sedar, doktor telah datang berbincang denganku. Aku dikejutkan dengan berita yang tidak pernah aku menjangkakan sebelum ini. Rupanya ayah telah dikenalpasti mengidap penyakit kanser. Sewaktu pembedahan, doktor telah mendapati kanser usus, hati dan hempedu. Doktor kata peluang untuk terus hidup agak tipis. Seisi keluarga agak tenang bila menerima berita tentang penyakit ayah. Kami hanya mendiamkan diri sehingga ayah telah sedar dari pembedahan.

Dua hari selepas ayah dibedah, ayah telah meracau. Ayah ingin pulang ke kampung. Petang itu ayah meracau sehingga aku terpaksa panggil bapa dan mak sedara untuk memujuknya. Ayah tidak pernah meracau seperti ini sebelum ini. Perangainya seperti keanak-anakan merengek meminta untuk dibawa pulang ke rumah. Aku tak sampai hati bila melihat ayah jadi begitu. Hati ku yang sangat sensitif tak mampu menahan sebak bila tiap kali ayah meminta untuk dibawa balik ke rumah. Ibu yang selalu memujuknya. Ayah perlu berada di wad sehingga sembuh. Aku hanya mampu melihat ibu memujuk dari luar bilik.

Seminggu selepas ayah dibedah, ayah semakin sihat. Aku gembira kerana ayah telah beransur pulih walau masih lagi berada di hospital. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan berangkat pulang ke New York. Aku telah mula mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Seingat aku, dua hari sebelum aku terbang pulang ke Amerika, aku telah mengadakan jamuan di rumah kawanku. Petang sebelum jamuan bermula, aku seperti biasa ke hospital melawat ayah. Ayah sudah mampu tersenyum. Sewaktu jamuan, kawan-kawan aku menasihati agar aku pergi semula ke hospital untuk melihat ayah. Kata mereka, walau pun aku dah pergi petang tadi, masa semakin hampir untuk aku berangkat meninggalkan tanah air. Dengan pesan dari kawan, aku melangkah lagi ke hospital walau sebentar tadi aku telah berjumpa dengan ayah. Ayah terkejut dengan kehadiranku. Dia bertanyakan kenapa aku masih lagi belum balik ke rumah mengemas barang. Cuma sempat aku nyatakan aku sengaja singgah sebelum balik mengemas. Tangan ayah ku kucup mesra. Itulah yang aku lakukan setiap kali aku bertemu dengannya. Dia selalu pesan tiap kali jumpa orang tua, salam dan minta maaf. Aku merenung muka ayah sepuas-puasnya. Walau tinggal dua hari sahaja lagi aku akan berangkat pulang, aku mahu menatap wajah ayah sepuas-puasanya. Biarlah bila aku pulang ke Amerika, aku mampu menahan rindu aku pada ayah. Ayah merenung ke arah muka ku dengan pandangan yang sangat dalam. Saat itulah aku rasakan renungannya yang sampai hari ini aku tak mampu lupakan. Ayah berpesan agar aku balik dan mengemas barang. Jam 11 malam, aku pun meninggalkan ayah di hospital bersama ibu dan dua orang abangku.
Sampai di rumah aku terus mengemas baju dan memasukkannya ke dalam beg. Hampir 2 jam lamanya aku mengemas.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan. Abangku meminta agar aku datang segera ke hospital. Ayah tenat semula. Aku pun bergegas ke hospital menaiki motor. Dalam perjalanan ke hospital, di tengah jalan, seingat aku jam 2 pagi, aku melalui jalan kampung bersebelahan dengan masjid. Di situlah aku terserempak dengan seorang lelaki berjubah putih berjalan berseorangan.......
bersambung
"...siapakah lelaki berjubah putih itu?? apa mahunya?? nantikan sambungannya...."

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

<< Home


CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL


Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats