DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Thursday, September 18, 2008
MASIHKAH ADA LAGI SINAR KASIH (finale episod)

Nukilan Dr. Badrul Munir

Feb 2006, hidup aku mula disinari sinar. Tuhan telah mempertemukan aku dengan sayang. Aku membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Walaupun ianya cuma seekor musang, dia amat menyayangiku. Perangainya yang tidak ubah seperti manusia kerana aku membelanya dari seawal matanya baru mencelik. Seisi warga burhan mengenali sayang. Namun sinar kasihnya tidak lama. Seperti ayah dan ibu, aku telah kehilangan kasih yang baru mula bertaut selama 2 bulan. Sayang telah hilang dari rumah sewaktu aku bercuti di New York City. Bagai mahu luruh jantungku bila aku mendapat berita dari New York yang sayang telah hilang dari rumah. Aku bagaikan ibu yang telah gila meratapi kehilangan seorang anak. Sebulan lamanya aku bersedih meratapi kehilangan sayang. Sehinggalah ke hari ini aku masih lagi mengingatinya.

Suatu pagi Nov 2006, aku dikejutkan dengan panggilan talipon ibu angkatku dari Kedah. Dia meminta agar aku pulang segera ke rumahnya. Katanya ada anak kongkang telah terkena renjatan elektrik dan terjatuh dari tiang elektrik. Keluarga angkatku menjaganya selama seminggu kerana aku masih sibuk bekerja. Awang, begitulah namanya diberi, adalah seekor monyet primitif yang agak kecil. Seminggu selepas itu barulah aku ada masa untuk pulang mengambil awang. Alangkah terkejut bila aku mendapati kedua-dua tangannya sudah tiada. Cuma yang tinggal kedua-dua tulang tangan. Bahagian isi sudah mula membusuk dan berulat. Kasihan awang menderita kesakitan. Aku terus bergegas membawa awang pulang ke UKM. Keesokkan harinya awang telah dibawa ke hospital veteriner, UPM. Awang dimasukkan ke dalam wad selama 3 hari dan terus dibedah. Doktor kata peluang untuk terus hidup sangat tipis. Lagi pun UPM tidak mempunyai simpanan darah dari jenis spesies awang. Aku cuma mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Awang telah selamat dibedah. Kedua-dua tulang tangannya telah dipotong. Awang sudah tidak mempunyai tangan lagi untuk bergerak dan memanjat. Kasihan awang. Atas nasihat doktor dan atas dasar perikemanusian, aku membawanya pulang ke rumah dan menjaganya. Alhamdulillah, Tuhan maha berkuasa. Awang masih cekal hidup walau terpaksa berjalan terinsut-insut. Kini sudah sekian lamanya awang denganku. Dia sudah pulih sepenuhnya dari trauma dan mula mengenali apa itu erti kasih sayang. Walaupun dia seekor binatang yang cacat, dia tahu menghargai dan membalas jasa baik budiku. Bila tiap kali aku jatuh sakit atau tertekan, awanglah tempat aku akan berkongsi kedukaan. Dialah tempat aku mengadu setiap hari. Kasih sayangnya walaupun seekor binatang adalah sangat ikhlas dan yang tak pernah berpura-pura. Dialah sumber inspirasiku. Aku terkadang sering tertanya, bagaimana kecekalan yang awang miliki untuk terus hidup tanpa kedua-dua belah tangannya. Bagaimanakah awang bolih tabah dengan jalannya yang terinsut-insut dan menyembam muka ke arah piring setiap kali dia nak makan. Jika awang boleh cekal dan tabah, mengapa tidak aku? Teringat pesan arwah ayah dulu, hidup ini mesti cekal dan tabah.

Aku selalu bersyukur kepada Tuhan yang telah mendatangkan sayang dan awang dalam hidupku. Mereka telah banyak memberi sinar dan harapan dalam hidupku. Merekalah yang telah banyak memberi dan menumpang kasih sayang yang sejati. Kasih sayang yang sukar dijual beli, ikhlas dan yang tak pernah berpura-pura. Aku sangat menghargainya. Doaku, Tuhan panjangkanlah umur kedua-dua mereka walaupun sehingga hari ini, aku sendiri tak tahu dimanakah sayang berada. Esok pasti akan menjelang. Aku mungkin akan terus keseorangan. Mengemis kasih sayang yang tak pernah sudah. Namun matahari akan terus terbit diufuk timur. Terbitlah dengan sinar kasih sayang yang berpanjangan. Amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas daripada dr.badd

Labels:


1 Comments:
Anonymous Anonymous said...

Seorang yang penyayang, pasti akan disayang..

September 23, 2008 at 8:41 AM  

Post a Comment

<< Home


CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL


Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats