Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban
Huraian i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang. c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan. ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
KOSMO VARSITI FUTSAL 1 MALAYSIA akan diadakan pada 9 Ogos 2009 di Kompleks Sukan UKM. Syarat - syarat dan borang boleh didapati di Pusat Sukan,Stadium UKM.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan,Pusat Sukan di talian 03 - 89214454/4664.
Wednesday, July 29, 2009 PEMBATALAN LAWATAN MUHIBBAH PMUKM KE KBH
Lawatan Muhibbah PMUKM ke Kolej Burhanuddin Helmi pada tarikh 30/07/2009 telah dibatalkan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”
Hadith : Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”
(al-Bukhari)
Huraian 1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. 2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah. 3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.
SUKID telah dijalankan pada 17-19 Julai 2009 dan dianjurkan oleh EXCO Sukan dan Rekreasi.Terdapat beberapa acara yang dijalankan iaitu bola sepak 9 sebelah,bola jaring, bola tampar lelaki dan wanita serta futsal.Peserta yang mengambil bahagian iaitupelajar-pelajar senior dan pelajar tahun 1.
Pada 18 Julai 2009 yang lalu bertempat di Gelanggang Badminton Siswi telah diadakan Majlis BBQ Siswi yang dianjurkan oleh EXCO Hal Ehawal Siswi. Majlis yang dianjurkan pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada setiap pihak yang terbabit serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibunda tercinta iaitu Puan Wangi, isteri kepada ayahanda pengetua Prof. Madya Dr.Kadderi Md. Desa. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara siswi di kolej Burhanuddin Helmi disamping memperkenalkan junior kepada senior.Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelajar siswi kepada felo-felo dan juga barisan JAKSA yang baru.
Perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak KBH dan KPZ telah dimenangi oleh pasukan dari kolej kita iaitu KBH dengan jaringan yang besar iaitu 3 - 0. Gandingan mantap antara ahli pasukan senior dan junior nyata bukan saingan bagi pasukan dari KPZ. Pemain yang telah memboloskan gawang pemain KPZ adalah Rosidi (22"), Dud (57")dan (Yo 72").
Tahniah diucapkan kepada para pemain bola sepak KBH.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."Abu Umamah r.a Pengajaran hadith:
i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya
Persatuan Mahasiswa Uniersiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) akan mengadakan lawatan ke KBH pada :
TEMPAT : BILIK AKTIVITI PELAJAR TARIKH : 30/07/2009 MASA : 8.00 MALAM
Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif dari PMUKM untuk lebih mendekati mahasiswa/i UKM, sekaligus mengetahui serta membantu dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa/i UKM. Para mahasiswa/i boleh menyuarakan sebarang permasalahan kepada PMUKM pada waktu tersebut.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama DBP akan menganjurkan Pertandingan mengarang esei bertemakan "Sumbangan Astronomi Kepada Masyarakat" Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web berikut :
CERITAKBH Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
HUBUNGIKAMI Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com
Custom Search
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore
BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej