INFOTERKINI

Friday, January 29, 2010
PRO-ASPIRASI KEKAL DI UKM...
Kumpulan pro-Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan penguasaannya dalam pilihanraya kampus universiti berkenaan apabila menang 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.
Sumber-sumber pentadbiran UKM memberitahu, calon kumpulan yang cenderung kepada kerajaan itu menang lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti yang dipertandingkan.
Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.
Sebuah lagi kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina masih tertangguh ekoran pembatalan kemenangan awal calon pro-Mahasiswa kerana didapati tidak memenuhi syarat layak bertanding.
Urusetia pilihanraya UKM dilaporkan membatalkan kemenangan tanpa bertanding seorang calon Norliana Yusak selepas penamaan calon Khamis minggu lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan jumlah kerusi yang diperoleh pro-Aspirasi, ia jelas menunjukkan kemerosotan penguasaan kumpulan itu di universiti berkenaan.
Tahun lalu, pro-Aspirasi menang besar apabila berjaya di 30 kerusi yang dipertandingkan. Kumpulan itu hanya tewas empat kerusi sahaja.

Wednesday, January 27, 2010
PILIHAN RAYA KAMPUS UKM 2010

Proses membuang undi bagi penghuni Kolej Burhanuddin Helmi untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM bagi tahun 2010 akan diadakan mengikut butiran yang berikut:
TEMPAT: FOYER KOLEJ BURHANUDDIN HELMI TARIKH: 28 JANUARI 2010 MASA: 8.00 PAGI
Justeru dengan itu, para penghuni KBH diingatkan untuk membawa bersamaa kad matriks bagi tujuan proses membuang undi.

Monday, January 18, 2010
MINNGGU ICT DAN KETERAMPILAN DIRI (MITRAD) VI

Kunjungi Minggu ICT dan Keterampilan Diri (MITRAD) yang ke-6 yang telah dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM). Butiran program adlah seperti berikut:
TEMPAT : DEWAN GEMILANG TARIKH : 18-22 JANUARI 2010 MASA : 10.00 PAGI - 11.00 MALAM Seluruh warga KBH dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Monday, January 11, 2010
JADUAL PERLAWANAN SUKEM 2010


|