Hari ini yang bertarikh 20/12/2009 merupakan tarikh dimana para penghuni Kolej Burhanuddin Helmi mula mendaftar masuk semula bagi memulakan semester ke-2 sesi 2009/2010. Pastinya semua pelajar telah mengetahui keputusan peperiksaan semster lepas. Bagi yang mendapat keputusan yang baik, tahniah diucapkan. Manakala bagi yang mendapat keputusan kurang memuaskan, janganlah berputus asa kerana sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. Sekali gagal bukanlah bermakna gagal selamanya. Anggap saja kegagalan itu satu kurniaan Tuhan supaya kita lebih gigih lagi. Semoga semester ini lebih baik dari yang sebelumnya. Renung-renungkanlah wahai sahabatku sekalian.
CERITAKBH Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
HUBUNGIKAMI Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com
Custom Search
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore
BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej