Aisyah r.a berkata : “Nabi SAW apabila memasuki puluhan yang akhir, baginda mengikat pinggangnya (tekun beribadah) menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Apabila telah memasuki puluhan terakhir bulan Ramadhan Rasulullah SAW akan lebih tekun dalam melakukan ibadah dan menjauhi isteri-isteri baginda. Baginda terus berjaga malam serta membangunkan ahli keluarga untuk turut bersama-sama melakukan qiamullail. Namun sebaliknya kita apabila semakin menjelang Syawal dan semakin beransurnya Ramadhan akan memeriahkan siang dan malam dengan membuat bermacam-macam persediaan menyambut hari raya. Membuat aneka biskut, kek, lauk pauk dan sebagainya. Mengapa tidak kita mengikut sunah Rasulullah ini dan menghidupkan malam–malam di bulan Ramadhan ini dengan aneka rupa ibadat serta mengajak ahli keluarga untuk turut sama memeriahkannya kerana hal ini lebih bermakna untuk hari raya kita di akhirat kelak.
Wednesday, September 9, 2009 BERBUKA PUASA BERSAMA DR KADDERI MD DESA
Pada tanggal 09 September 2009, majlis berbuka puasa bersama Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi iaitu Dr. Kadderi Md Desa telah diadakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Exco Kerohanian, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Burhanuddin Helmi. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara pengetua kolej dengan penghuni kolej ini. Majlis ini turut menjemput penghuni bukan muslim bagi sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama-sama penghuni kolej beragama Islam yang lain. Situasi ini telah menimbulkan suasana mesra antara sesama penghuni kolej tidak mengira sama ada yang beragama Islam mahupun tidak. Selepas selesai berbuka puasa, Dr. Kadderi bersama penghuni muslim yang lain menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Ribuan penghargaan kepada Dr. Kaddderi kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai majlis ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
(al-Bukhari dan Muslim)Huraian
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.
CERITAKBH Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
HUBUNGIKAMI Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com
Custom Search
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore
BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej