DAYADEDIKASIDINAMIK

 

INFOTERKINI

Wednesday, September 9, 2009
BERBUKA PUASA BERSAMA DR KADDERI MD DESA




Pada
tanggal 09 September 2009, majlis berbuka puasa bersama Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi iaitu Dr. Kadderi Md Desa telah diadakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Exco Kerohanian, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Burhanuddin Helmi. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara pengetua kolej dengan penghuni kolej ini. Majlis ini turut menjemput penghuni bukan muslim bagi sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama-sama penghuni kolej beragama Islam yang lain. Situasi ini telah menimbulkan suasana mesra antara sesama penghuni kolej tidak mengira sama ada yang beragama Islam mahupun tidak. Selepas selesai berbuka puasa, Dr. Kadderi bersama penghuni muslim yang lain menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Ribuan penghargaan kepada Dr. Kaddderi kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai majlis ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home


CERITAKBH

Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.


HUBUNGIKAMI

Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com

Custom Search

Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore

BORAKSANTAI

JARINGANLUAR


UKM Aspirasiku
MeltyMedian Studio
Syafiq Nazmi
Youth Malaysia
Asia Partime
Campus Life
Alifah Amelya
Mazuwan Murad
Faez Fakharie

TAJUKARTIKEL


Powered by Blogger

Burhan at Friendster

site stats