Tuesday, October 21, 2008 TOUR 2009 : GUANGZHOU, CHINA
Mari sertai Program Antarabangsa KBH anjuran JAKSA 08/09. Hanya terbuka kepada 6 orang warga kolej yang terawal untuk terbang bersama JAKSA ke Guangzhou, China.
Pada 22 - 26 Oktober ini kolej bakal dikunjungi delegasi daripada University of Philippines, Los Banos (UPLB). Kunjungan ini merupakan kunjungan balas UPLB kepada lawatan KBH ke UPLB pada Februari lalu.
Diharap semua warga kolej dapat turun beramai-ramai menyambut ketibaan deligasi ini pada 22hb (rabu malam). Satu sambutan akan diadakan pada Majlis Perasmian Minggu Muhibbah. Pelajar tahun 1 di wajibkan hadir dan diminta memakai pakaian tradisi kaum masing-masing.
Sunday, October 19, 2008 PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ SEM 2 08/09
Kepada semua warga kolej, Sila buat pengesahan mulai 20 hingga 31 Oktober 2008. Selepas tarikh ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerena lewat membuat pengesahan. Pengesahan hendaklah melalui web : http://www.ukm.my/upp
*note : semua warga kolej diminta membuat pengesahan online terlebih dahulu, kemudian diminta membuat pengesahan secara manual di pejabat kolej. Ia akan di maklum kemudian.
Wednesday, October 15, 2008 KARNIVAL KERJAYA KEBANGSAAN 2008
Dimaklumkan bahawa Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 akan diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama UKM akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 17 - 19 Oktober 2008
Masa : 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat : DECTAR UKM
Semua pelajar adalah dijemput hadir manakala pelajar tahun akhir adalah diwajibkan untuk menghadiri acara ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan peluang pekerjaan dan syarikat yang menyertai acara ini,sila layari www.ukm.my/ncc2008.
Sejak kebelakangan ini banyak kes kecurian beraku di kolej terutamanya di Flatlet lelaki. Sehingga kini di laporkan sebanyak 4 kes kehilangan laptop dan satu komputer di bilik JAKSA. Empat kes kehilangan laptop berlaku pada waktu siang ketika tiada penghuni dibilik.
Disini suka saya mengingatkan kembali kepada warga kolej supaya berjaga-jaga dan menyimpan barang berharga terutamanya laptop di tempat yang selamat. Pintu bilik hendaklah sentiasa dikunci jika keluar. Digalakkan supaya tidak meninggalkan laptop jika keluar dan memasang 'lock' di laptop. Perhatikan orang-orang yang tidak dkenali atau mencurigakan yang memasuki blok.
CERITAKBH Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
HUBUNGIKAMI Jika anda mempunyai sebarang info / cerita menarik untuk dikongsi bersama. sila hubungi bloger D'GATOR ONLINE di dgators08@gmail.com
Custom Search
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explore
BORANGADUAN
Kepada penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai kerosakan, kehilangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang dibawah untuk memaklumkan pihak pentadbiran kolej